bingkisan renungan

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri
berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku
yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang
memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh
katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan
bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan
kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan
teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam
bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang
mencintai
Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan
mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap
tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan
koma.Di hospital.Si suami amat bersedih,di sebelah katil isterinya..si suami bersuara..

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau
bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu
lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu,
kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.air mate mengalir secara tiba2 di pipi si isteri yang sedang koma mendengai kesucian cinta suaminya..
 Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh
dirasai dalam hati."

بوروان چينتاكو



ساعت كو ترچاري-چاري چهاي هيدوڤ
كو ليهت سينر مڽولوه دري ڤرموكأن
لنتس كو ڬاڬهي تاڠن منچاڤأيڽ


نامون كو بيڠوڠ
ماكين كو ڬاڤا، ماكين كو تڠڬلم
تروسكو دهاڽوت سماكين جاوه
اوليه درسڽ اروس هيدوڤ دنيا يڠ فانا
سينر دمبأن ماكين كابور دڤيسه جارق
ماكين ڤايه اونتوق دميليكي
هاڽ ملمباي-لمباي تنڤا سيمڤاتي
هاتي ڬوسر برچمڤور ڤيلو
منجريت-جريت مينتا دسلامتكن


نامون ساعت ڤنداڠن مولاي ڬلڤ
نفس ماكين سسق د داسر لاوتن هيدوڤ
دان جيوا مولاي مرينتيه كات ڤوتوس اسا
كو تراس تاڠن دتاريك لمبوت
لنتس بيبير كريڠ مڠوكير سڽوم
بهاڬيا كران ماسيه اد يڠ مندڠركن
تتكالا ايت جوا
چينتا مولاي برڤوتيق
ڤد سڠ دي يڠ ممبريقاو نفس بارو



تاڤي همڤا برتاندڠ ساعت مات هاتي دبوك
كران تياد كليهاتن سڠ دي د هادڤن
اونتوق مميمڤين كو مڽوسوري تبيڠ دنيا يڠ چورم
بوتير-بوتير جرنيه مولا مڠهوجني ڤيڤي
بيمبڠ ديري ترجاتوه دان دهاڽوت لاڬي
اوليه ڬانسڽ ڬلورا هيدوڤ


نامون ساعت ايت جوا كوديڠري
بيسيكن مموجوق ديري
ممبريتاهو سڠ دي دكت د هاتي
اكن سنتياس مڠاول سرتا مڠاوصي
اڤابيلا كو مولا ترليك
دبواي كجمڽ بايو دنيا
جوا مڽوروه هاتيكو يڠ مريندو اڬر برصبر
منوڠڬو وقتو دتتڤكن
تتكالا هيجب انتارا اكو دان سڠ دي دبوك


كيني بارو ديري مڠرتي
چهاي يڠ دچاري سلاما اين
امت دكت دڠنكو..ترلمڤاو دكت
اياڽ اد د سودوت سوكمقاو
تيدق ڤرنه منجاوه والاو سدتيق
كران چهاي هيدوڤكو ايت اداله سڠ دي


دان بارو كو سدري
چهاي يڠ مڽيناري دان چوبا كو ڬاڤا اولڽ
چوماله دري سينر سڠ منتاري دنياوي
يڠ هاڽ ستيا مڠيريڠي ديري د سياڠ هاري
تتاڤي ڤستي هيلڠ د سوري هاري
واهاي سڠ دي
هاتيكو تلاو اڠكاو چوري دڠن كريلأنكو
منتڤله اڠكاو د سان منماني ستياڤ دڽوت نفسكو
اڬر بيسا منجادي ڤڠهالڠ
بيلا هاتي مندمباكن كجاهتن
اڬر ديري سلالو مريندو دان تاكوتكنمو
تتكالا مڠيمبس دوسا كران مڠجر سينر سڠ منتاري
اڬر كتنڠن سنتياس ميليقكو
كران هاڽ دڠن مڠيڠاتيمو كتنڠن اكن مندكتيكو

Saat dahi tidak lagi menyentuh sejadah


Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih...
Walaupun orang yang hadir itu merintih...
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ...
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal...
Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu...
Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'...
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'...
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ....
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

Petua Persahabatan

1.     Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
2.     Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.
3.     Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.
4.     Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.
5.     Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.
6.     Tiadalah yang menyentuhkan engkau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan oranag yang engkau tidak malu kepadanya.
7.     Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.
8.     Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.
9.     Manusia yang paling lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.
10.  Brang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka seseungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,seseungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.
11.  Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.
12.  Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.
13.  Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.
14.  Kekayaan menarik sahabat-sahbatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.
15.  Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.
16.  Sahabat yang ebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.
17.  Sahabat yang celaka itu sentaiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.
18.  Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.
19.  Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.
20.  Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.
21.  Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.
22.  Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.
23.  Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
24.  Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat.
25.  Supaya engkau beroleh sahabat ,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.
26.  Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.
27.  Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.
28.  Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
29.  Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi.
30.  Apabila orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan"Wahai tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya.
31.  Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.
32.  Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.
33.  Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama.Mempertahankan yang batil,sama seperti menunda kekalahan. 
oleh :saifullah mamat

Muhasabah Ramadhan

Ya Allah...
Hambamu ini bersujud meminta keampunan..
Dosa yang terpalit ditubuhku...
Dosa yang terpalit dijiwaku..
Dosa yang terpalit di kamar hatiku...
Tak mampu ku ubati dengan tangisan...
Aku bersujud memohon keampunanMu...

Aku hanyalah insan yang lemah..
Yang mudah terpedaya dengan syaitan durjana..
Yang mudah terpedaya dengan nafsu duniawi..
Yang mudah terperangkap tipu daya manusia murka..
Ku mengharapkan maghfirahmu Ya Allah...
Agar dapat ku kembali ke jalan lurus...
Menjadi pahlawan islam
Yang mampu menegakkan ummah!!

Tika sang waktu berputar..
Diriku masih terumbang ambing..
Dipukul badai duniawi..
Langkahku semakin menuju pintu neraka...
Tidak!tidak!tidak...
Aku tidak mahu membayangkan seksa neraka
Sungguh pedih azabMu Ya Allah..
Jauhilah aku dari seksa neraka Ya Allah..
  
Tatkala ramadhan ini muncul..
Aku bermuhasabah..bersujud padaMU...
Mungkin ini ramadhan terakhir buatku..
Ramadhan kali ini takkan ku sia-siakan..
Inginku kecapi titisan embun malam Lailatul Qadar..
Inginku bermimpi bertemu mu Ya Allah...
Inginku mendampingi Kitab suci Al Quran...
Sesungguhnya Tuhan Maha Pengampun...
Ku amat dambakan keampunan Mu..
Ku mengharapkan bau syurgaMu..Ya Allah..
Malam Ramadhan ini ku menitiskan air mata Keinsafan..
Muhasabah Ramadhan...

Karya : Saudara Mohd Loqmanul Hakim bin Kamaruldzaman.


p/s: bagi sahabat-sahabat yang mempunyai sebarang karya, 
boleh dikirimkan melalui email : alfalahupsi@gmail com.
Karya yang dikirimkan seterusnya akan dipertimbangkan untuk dimuatkan
serta dipaparkan di dalam blog rakanfalah.blogspot untuk tatapan umum.